Tuesday, March 24, 2015

PENUTUP


       Pantun merupakan hasil kesusateraan Melayu yang digolongkan dalam genrel puisi Melayu tradisional ( lama ) yang menjadi kebanggaan masyarakat Melayu sejak sekian lama kerana pantun merupakan satu-satunya warisan kebudayaan dan kesenian masyarakat Melayu dan diiktiraf oleh sarjana-sarjana Barat.
              
             Pantun adalah alat komunikasi yang sangat istimewa kerana bahasanya yang tepat dan mempunyai mesej untuk mendidik masyarakat. Setiap rangkap pantun sudah diukur terlebih dahulu dan kemudian baru digunakan.Keistimewaan bahasa dalam pantun menunjukkan kebijaksanaan orang-orang Melayu dalam mendidik masyarakat supaya beradat dan beradab.

           Keistimewaan pantun juga terletak pada diisinya yang indah, kreatif dan kritis serta mengandungi pengertian dan perlautan antara baris sampiran dengan maksud yang perlu diteliti dengan mendalam maksudnya. Hal ini, telah mengangkat martabat dan darjat pantun itu sendiri. Tambahan pantun pula dilafazkan secara lisan dan spontan dengan peraturannya yang khusus " bentuk dengan ciri-cirinya yang melahirkan keunikan, kesedapan dan keintelektualan tinggi.

        Akhirulkalam , kumpulan kami telah menyiapkan tugasan yang diberi. Rekaan pantun ini mempunyai kreatif, kritis dan bijak serta mempunyai komitmen yang tinggi. Pantun sepatutnya menjadi akar kebudayaan masyarakat Malaysia yang perlu dijadikan amalan harian kerana pantun membawa kesan yang positif kepada semua kaum. Malah dapat mewujudkan masyarakat yang aman dan harmoni kerana kita saling dapat meneguri nasihat- menasihati dan seterusnya  mengasah mindah masyarakat supaya sukar berfikir serta menggunakan bahasa yang indah dan sopan bukan menjadi penghiasan  di majlis-majlis tertentu dan pertandingan sahaja. 


RUJUKAN

     
     1)
http://www.kapasitor.net/ms/puisi/post-pantun-empat-kerat.
   
     2)http://osmanmy.blogspot.com pantun-4-kerat.html
   
    3)paniti.wordpress.com/koleksi-pantun-melayu/