Sunday, April 5, 2015

PANTUN EMPAT KERAT ' AGAMA '



 Kemuning daunnya lampai ,
Tumbuh dipusara paduka tuan ,
Di atas dunia kau tak sampai ,
Di dalam syurga bernantian.

Halia ini tanam-tanaman ,
Di barat saja akan tumbuhnnya ,
Dunia ini pinjam-pinjaman ,
Akhirat juga akan sungguhnya.

Teritip di tepi kota ,
Mari dikayuh sampan pengail ,
Imam khatib lagikah berdosa ,
Bertambah pula kita yang jahil.

Buat serunai batang padi ,
Bunyi lagu seri pualam ,
Serba bukan semuanya haji ,
Haji terletak pada amalan.

Tidak boleh menetak jati ,
Papan di Jawa dibelah-belah ,
Tiada boleh kehendak bati ,
Kita dibawah perintah Tuhan.

Maksud,

Rangkap pertama ; Setiap perbuatan yang dilakukan di muka bumi ini mempunyai 
                                 balasan  daripada Tuhan sama ada balasan baik mahupun buruk.
Rangkap kedua    ; Dunia ini merupakan tempat persinggahan bagi manusia tetap 
                                akhirat  merupakan  tempat yang kekal abadi.
Rangkap ketiga  ; Setiap orang yang ada di muka bumi ini tidak akan terlepas 
                               daripada melakukan kesalahan dan kesilapan.
Rangkap keempat ; Pakaian dan gelaran bukan penentu tahap keimanan,sebaliknya                                             amalan yang dilakukan olehnya.
Rangkap kelima ; Kita tidak boleh melakukan sesuatu perkara sesuka hati kerana                                              kita makhluk ciptaan Tuhan dan kira perlu patuh serta taat kepada                                           setiap perintah-Nya.
Tema ; Agama merupakan perisai kepada seseorang daripada melakukan sesuatu perkara yang tidak baik.
Pengajaran ;
- Kita hendaklah sentiasa mengingati hari pembalasan Tuhan.
- Kita hendaklah mengenal diri agar tidak melakukan kemungkaran.
- Kita hendaklah menginsafi setiap kesalahan yang dilakukan.
- Kita hendaklah rajin beribadat kepada Tuhan.
                           

No comments :

Post a Comment